Corona Virus


Dulu masa aku kecil orang kata dekat aku, masuk je tahun 2020 nanti kau akan tengok kereta terbang, motor terbang, sekeliling kau akan ada robot, dan macam-macam lagi lah. 

Dan 2020 pun telah tiba..

Apa yang aku lihat kini tidak sama seperti yang dimomokkan oleh orang kepada aku. Yang aku nampak kini, duit terbang ada lah. Semuanya atas faktor ekonomi yang semakin membimbangkan dan juga termasuk pergolakkan politik yang baru sahaja 'reda'. Tapi bab politik aku taknak ulas sebab aku sedar aku tak banyak ilmu tentang tu so it's better if i just shut my mouth and teruskan hidup dengan hanya membaca tentang isu semasa.

Dan lebih menariknya lagi..

Ditambah pula dengan kehadiran virus yang dinamakan Corona virus atau Covid-19. Bukan kehadiran robot ya tapi kehadiran virus. Virus ini telah berjaya mengucar-kacirkan seluruh dunia di mana virus ini sangat lah bahaya kerana ia mampu merebak dengan mudah, and some akan kena macam-macam simptom like demam, batuk yang teruk, sukar bernafas em senang cerita menderita dulu lah dan jika kita tidak bernasib baik, ia akan terus membawa kita menghadap Ilahi a.k.a kematian.

Ada lah aku pernah terbaca pengalaman orang yang positive covid ni. Wow pengalaman orang tu telah berjaya buat bulu roma aku naik. Mengerikan!

Ada je yang survived lepas positive covid ni but tengok juga lah ketahanan badan kita macam mana. 
.

Okay, sebenarnya coronavirus ni starting dia daripada Wuhan, China pada 31 Disember 2019. Dan ketika itu mereka mula mengkaji tentang virus ini.

Pada 12 Januari 2020, WHO telah mengesahkan bahawa wabak yang berlaku di Wuhan,China ini adalah disebabkan oleh jangkitan daripada coronavirus. 

Sebelum ni, virus ni tidak pernah dikenal pasti atau dikesan pada manusia. So bagaimana cara penyebaran ni pun diaorang masih tak dapat nak kenal pasti betul-betul. So, dalam tempoh dioarang mengkaji ni boleh imagine tak berapa orang yang dah kena jangkit tanpa sedar? 

So, bermula daripada ni slow-slow virus ni mula merebak dari manusia ke manusia dan telah merebak hampir ke seluruh dunia termasuk negara tercintaku, Malaysia! Dan of course because of this, kadar manusia yang berjangkit meningkat and jumlah kematian meningkat sehingga beribu-ribu! 

So far, Malaysia telah mencatatkan 23 orang kematian. Tapi kita takkan tahu bila-bila masa ia boleh meningkat. Dan majoriti yang meninggal ni golongan yang usianya dah meningkat. Benda ni jadi sebab biasalah orang tua daya ketahanan diaorang tak tinggi ditambah pula dengan penyakit lain yang dioarang ada maka peluang nak selamatkan tu tipis lah. But still orang muda pun boleh juga kena jangan fikir anda selamat.

Pada awalnya kes kematian paling tertinggi ialah di China sebab punca permulaan wabak ni pun dari China kan. Tetapi kini, kes kematian paling tertinggi di dunia ialah di Itali! Semua ni berpunca daripada sikap sambil lewa rakyat Itali. Sampaikan PM Itali pun dah surrender dan dah menangis sebab sehari beratus orang rakyat Itali mati sehingga tiada tempat untuk dikebumikan. Dan jumlah kematian rakyat Itali dah lebih dari kematian rakyat China! Can you imagine that?

dan so far, US pula merupakan negara yang paling tertinggi positif covid. Carta ini akan berubah-ubah day by day. So kne tgk la nanti. 

Dan cara tersebarnya virus ini adalah, melalui cecair saluran pernafasan dengan cara batuk atau bersin. So, sebab itu untuk mengelakkan jangkitan, kita perlu menjauhkan diri dari orang sekeliling sekurangnya 1m. Dan of course always use hand sanitizer atau cuci tangan guna sabun sebab tangan ni kita suka sentuh macam-macam so daripada situ dia akan tersebar.
          
Ok so, kami rakyat Malaysia perlu kuarantin kan diri di rumah selama 28 hari untuk mengurangkan penyebaran virus di luar. Dan sekarang kami semua masih dalam tempoh kuarantin which is baru masuk hari yang ke-9. 
              Sekolah, kolej, universiti, food stalls tepi jalan, mall semua telah ditutup ya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa. 

Dan sesungguhnya rakyat malaysia sangat tepu ya kini, dan mereka hanya lah dapat meluah perasaan di laman sosial. Yelah nak buat apa tak boleh duduk rumah besarkan perut je hahaha. 

But, nak taknak kita kena lah juga patuh PKP ni sebab ni untuk kebaikan bersama kan. Tugas kita ni sebenarnya senang je hanya duduk rumah. Tak macam doktor-doktor, nurse, cleaner-cleaner hospital semua yang terpaksa pulun bekerja demi mengurangkan penyebaran virus. Dah lah potensi untuk diaorang berjangkit sangat tinggi. Hm..
         But still ada jugak mangkuk-mangkuk tak reti duduk rumah masih keluar lepak. Haih tak ada kesedaran betul. 

Tapi, kadang-kadang aku takut juga, mak aku masih kena bekerja sebab dia kerja di klinik. Potensi untuk dia kena pun tinggi. Ayah aku pun sama, business kedai makan kat luar, potensi nak kena pun tinggi juga. Lepas tu diorang balik rumah, aku pun boleh ada potensi sebenarnya untuk berjangkit if diaorang berjangkit. Bukan nak diaorang berjangkit ke apa just terfikir.. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi ahli keluarga aku serta diriku dan semua orang dari wabak ni.  

Dah la puasa lagi beberapa hari je. Kalau wabak ni tak boleh nak bendung before puasa, mungkin kami akan berpuasa buat pertama kalinya tanpa bazaar ramadhan dan solat terawih. Ahh sedih! Sedangkan benda-benda tu pun antara nikmat ramadhan yang seronok tau. 

Kalau buka cerita tentang raya. Bagaimana pula dengan raya? ya itu masih menjadi tanda tanya. Taktahu lagi bagaimana. 

Harap-harap lah virus ni dapat dibendung sebelum bulan ramadhan tiba 😞😞

Dan ada juga yang kata, wabak yang sedang melanda dunia kini merupakan tanda-tanda pengakhiran zaman di mana kerana wabak ini ramai golongan-golongan yang baik sudah pun 'pergi'. Wallahualam..

Hurm kadang-kadang takut juga memandangkan banyak lagi tanda-tanda akhir zaman yang lain telah berlaku, sedang berlaku dan mula berlaku. 

Apapun yg jadi, bekalan untuk akhirat jangan lupa untuk dikumpul setiap hari kerana kita tidak tahu bila tibanya waktu kita pula untuk ditarik menghadap Ilahi..


Comments