Antara isu hot yang sedang melanda dunia kini selain daripada wabak corona virus ialah isu GEORGE FLOYD. Kini sedang berlakunya rusuhan secara besar besaran di Amerika Syarikat akibat isu ini.
.
Nak dijadikan cerita, isu ini mula hot apabila telah tersebarnya video di mana seorang lelaki berkulit gelap bernama George Floyd telah dibunuh oleh polis berkulit cerah ketika polis itu menahan George di permukaan jalan di Amerika Syarikat.
Aku ada tengok juga video tu agak kejam juga lah kerana apa yang berlaku di dalam video itu, polis berkulit cerah tersebut meletakkan lututnya di antara leher dan kepala George selama hampir 10 minit walaupun George kata yang dia tidak boleh bernafas berkali-kali.
So, apabila video ni tersebar, terus orang-orang dari serata dunia mula mengecam tindakan polis tersebut kerana bertindak sebegitu, dan tak silap aku pegawai polis yang terlibat dalam kes itu sudah dibuang kerja.
And tiba-tiba pulak Donald Trump which is presiden Amerika Syarikat buat isu ini lagi havoc sebab tindakan dia yang mengeluarkan tweet berbaur racism dan seakan akan menyokong tindakan keganasan yang telah dilakukan. Starting dari ni, mula lah makin kecoh sampai rakyat di Amerika Syarikat semua mula melakukan rusuhan besar-besaran. Haih Donald Trump ni nak kena babap ni.
So, apabila video ni tersebar, terus orang-orang dari serata dunia mula mengecam tindakan polis tersebut kerana bertindak sebegitu, dan tak silap aku pegawai polis yang terlibat dalam kes itu sudah dibuang kerja.
And tiba-tiba pulak Donald Trump which is presiden Amerika Syarikat buat isu ini lagi havoc sebab tindakan dia yang mengeluarkan tweet berbaur racism dan seakan akan menyokong tindakan keganasan yang telah dilakukan. Starting dari ni, mula lah makin kecoh sampai rakyat di Amerika Syarikat semua mula melakukan rusuhan besar-besaran. Haih Donald Trump ni nak kena babap ni.
Disebabkan ini ramai lah orang dari serata dunia yang beri pandangan, kecaman dan kisah silam yang pernah dilalui di dalam laman sosial. Dan aku lebih tertarik pada kisah silam yang dikongsi oleh mereka. Yelah ramai juga yang berkulit gelap ini pernah ditindas dalam sesuatu hal. Kesian juga,
.
Aku ni pun dikira sebagai manusia yang dikurniakan kulit hitam manis. Tapi tak apa aku tak rasa sedih sebab even aku dark skin pun aku masih laku kahkah. Confident lebih.🤣 And lagipun dark skin ni unik apa. Cuba imagine satu dunia ni semua kulit putih. Eyu bosan. Tak de kelainan. But still ada segelintir orang yang masih menganggap kulit putih itu adalah segalanya sampai sanggup menghina, mengejek, menindas orang kulit gelap. Jahat kan?
Disebabkan orang-orang macam ni, ha mula lah orang kulit gelap rasa macam terhina, low confident and then diaorang sanggup buat apa sahaja even merisikokan diri mereka untuk bagi skin dorang cerah. Example like, diaorang sanggup guna cream muka yang contain mercury or any chemical ingredients yang sebenarnya bahaya untuk diri mereka or beli apa-apa sahaja even beribu sekalipun untuk jadi cerah macam orang lain. Adoi..
Jujurlah, aku pun pernah rasa macm ini juga suatu ketika dahulu. Sebab apa? sebab dulu aku pun pernah kena ejek hitam apa semua. Paling kena banyak, masa sekolah rendah. Biasalah budak-budak kan. Tapi masa tu aku takdelah rasa down ke apa sebab memang masa tu aku jenis tak kisah and aku cari gaduh balik dengan diaorang kalau dorang ejek aku haha.
Dan bila aku makin membesar, ejek-ejek ni semua masih ada tapi mula berkurang. Tapi masa sekolah menengah tu baru aku belajar erti rasa down macam mana, So kalau ada orang ejek aku ke apa aku akan rasa macam low confident sikit. Sampai lah satu masa tu entah bila aku mula rasa macam aku tak kisah tentang warna kulit aku.
.
Dan kadangkala aku perasan juga, isu colorism ni sebenarnya kan bukan hanya terjadi di antara white skin dengan dark skin. Di antara dark skin pun ada isu colorism ni. Maksudnya, contohlah dalam group tu semua dark skin. Tapi ada sorang ni terlebih dark berbanding yang lain. Dan kelakanya, dorang ejek yang paling gelap tu 'hitam'. Like... Kenapa benda tu jadi?
Haa daripada sini kita nampak mostly kat dalam otak semua orang sekarang ni someone with a lighter skin lagi nampak cantik, valuable dari dark skin. Kena belajar ubah mindset ni sebenarnya.
So, for those yang berkulit gelap manis gitu just be positive. Cuba jadi diri sendiri je kalau boleh. Peduli apa orang nak kata pasal kulit kau, takpayah nak struggle sangat nak cerahkan kulit, kalau just nak bagi muka bersih and tona sekata tu onz lah tapi dengan cara yang betul. Just teruskan hidup macam biasa. That's it. One day akan ada jugak orang yang tahu nak appreciate diri kau jangan risau sebab bukan semua orang pun yang ada mindset macam ni.. mostly je.
And for those yang berkulit cerah, yang suka merendahkan orang berkulit gelap nih, hentikan lah sikap itu kalau boleh. Memang lah seronok ejek tapi kau tak tahu dalam diam kau buat hidup dia rasa tak berseri, kau buat dia low confident, stress, deppresion and more. Bawak-bawak lah berubah perangai tu.. Takde ke rasa bersalah dalam diri tu sebab buat orang down? Musnahkan hidup orang dalam diam? Yes Isu colorism ni sebenarnya besar and sensitif dan kalau boleh jangan bangkitkan. Parents kena lah ajar anak-anak benda sensitif macam ni. Sebab anak-anak ni mudah belajar dari kawan-kawan and persekitaran dorang. And yang lain ni kalau dah pernah terbuat, biarlah stop dari situ je.
Sama-sama kita ubah diri kita ya... ❤️
.
.
Comments
Post a Comment