Hai! Rasa macam dah lama tak menulis kat sini. Well mood tak nak mai takkan nak paksa kan?
.
Aku baru sahaja selesai sahur. Azan masih tidak berkumandang so aku masih ada masa untuk isi perut sambil menulis. Yup, bulan puasa sudah tiba dan hari ini merupakan Ramadhan yang ke 10. Cepat sungguh masa berlalu sedar-sedar dah hari ke sepuluh.
Sesungguhnya, ramadhan 2020 is totally different. Berbeza dari tahun-tahun sebelum ini. Tak ada lah beza sangat pun tapi ada lah juga kelainannya. Kelainan yang aku maksudkan is,
-No Bazaar Ramadhan
-Tak dibenarkan berbuka puasa di luar
-No Solat Terawih di Masjid/Surau
-Tak boleh keluar rumah. Duduk terperuk di dalam rumah sahaja kerana PKP sedang berjalan.
-Tak boleh shopping raya di luar
dan macam-macam lagi lah..
So, boleh imagine tak bagaimana ramadhan tanpa melakukan perkara-perkara di atas? Umpama langit malam tanpa bintang gitu. Tidak berseri namun masih tenang memandang.
Untuk aku, aku okay sahaja suasana begini walaupun sendu sedikit. Masih ada lah juga feel ramadhan tu sebab PKP ni secara tidak langsung dapat lah juga tingkatkan amalan sebab duduk rumah je kan. Aku sebenarnya suka sangat vibes bulan puasa. I don't know why tapi rasa macam tenang, seronok je. I know bukan aku sorang je rasa macam ni kann..
Btw, PKP ni akan dilanjutkan sehingga 12 mei. Tapi, ada khabar angin mengatakan PKP ni akan dilanjutkan hingga raya. So, boleh imagine juga lah raya tahun ni bagaimana. Pasti berbeza juga haha. Tengok lah 24 Mei ni bagaimana ya..
PKP dilanjutkan sebab bilangan pesakit positif covid dan kematian meningkat ya. So far untuk harini, kematian sahaja dicatatkan sebanyak 103. Semoga PKP ni dapatlah kurangkan jangkitan.
.
Jujur lah, PKP ni memang buat hari-hari aku tak produktif. Waktu tidur aku tak menentu, otak tak cerdas, badan tak cergas. Jujur aku kata, aku tak tidur langsung dari malam tadi hingga sekarang. Aku buat apa? Aku main game and layan drama korea. Bukan nak study aku ni. See? Adalah juga terfikir nak aktif sikit but kemalasan aku sentiasa menghantui aku ya. Ahh I should change myself dalam masa terdekat ni.. You can do it Syafiqa!
And, sekarang ni sem tiga aku berjalan secara online. Boleh imagine tak betapa struggle nya aku nak hadap kelas online tu? Memang tak fokus ya. Btw, sem dua aku, aku dapat dekan again! hehe Alhamdullilah. Fokus untuk sem tiga pulak. Chaiyok!
Aku harap sangat Covid19 ni akan berakhir tak lama lagi. Aku nak hidup aman macam dulu keluar sesuka hati tanpa risau apa-apa. Nak raya dengan tenang gitu. Harapnya lah.. Amiin. Ok lah chaw duluan ..
Comments
Post a Comment